
Husam menyedari bahawa kempen dalam
usaha meraih undi di Putrajaya memerlukan kempen secara agresif dibuat melalui
media baru kerana lebih 80% kediaman di Putrajaya melanggan kemudahan internet. Husam
juga maklum, berdasarkan statistik 60% atau
9,400 pengundi adalah golongan muda di bawah umur 40 tahun yang tegar melayari
internet dan media baru. Golongan ini
juga adalah pengguna tegar telefon pintar “smartphone”
seperti iPhone, Samsung Note II, Tablet
PC yang boleh mengakses maklumat di mana jua.
Teknik pengunaan media baru dalam berkempen dimulakan dengan berkesan
oleh Barrack Obama semasa berkempen untuk menjadi Presiden Amerika.
Kempen secara konvensional iaitu pendekatan ceramah
kelompok kurang berkesan di Putrajaya, kerana majoriti penghuni kuaters tidak
suka diganggu “privicy” mereka setelah balik bertugas dari pejabat. Ceramah kelompok lebih sesuai untuk kaum ibu
di kampong-kampong tradisional dan luar bandar.
Ceramah besar pula seperti yang berlangsung beberapa hari lepas,
kelihatan berjaya dengan mengundang Mat Taib sebagai penceramah jemputan. Dari
segi angka pengunjung mungkin baik tetapi hanya 2-5% sahaja yang hadir adalah
pengundi Putrajaya. Undian di atas talian atau “online pool” juga
tidak menggambarkan kedudukan sebenar di lapanagan kerana pengundian yang
dibuat tidak kredibel dan akademik. Status pengundi tidak dapat dipastikan
siapa mereka dan pengunjung sesebuah portal, web atau facebook itu penyokong
mereka, sudah pasti pool itu condong kepada puak mereka. Justeru itu, penulis
tidak percaya langsung dengan “online pool” yang tidak akademik!

Dilengkapi kemudahan kemudahan perkakasan ICT
yang moden dan canggih serta semangat juang pemain media baru jentera UMNO
Putrajaya, sebenarnya tidak mudah Husam dan jenteranya hendak memperlekehkan
dan menumbangkan Ku Nan. Serangan siber
Husam tidak mampu menggoncang kredibiliti Ku Nan kerana mampu ditangkis dengan
mudah oleh jentera siber UMNO Putrajaya.
Ku Nan juga mampu menggerakkan jentera UMNO secara konvensional dengan lebih berkesan seperti pemasangan
bendera, poster, pengedaran risalah dan bahan kempen kerana mempunyai jentera
yang mencukupi dan terlatih sejak UMNO ditubuhkan 2004.
No comments:
Post a Comment