Wednesday, 24 April 2013
Shabery Cheek : Husam Hanya Pandai Ambil Kesempatan
Kredit: KL Pos
Tuesday, 23 April 2013 20:00 Bariq Ramadhan
Tuesday, 23 April 2013 20:00 Bariq Ramadhan
KEMAMAN, 23 April - Calon BN bagi Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mendakwa calon Pas bagi parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa hanya pandai mengambil kesempatan ke atas Putrajaya setelah wilayah itu dibangunkan oleh kerajaan dengan tuduhan menghabiskan duit rakyat.
Menurut Shabery, Husam merupakan ahli parlimen yang paling kuat membantah sewaktu Putrajaya dibangunkan oleh kerajaan suatu ketika dahulu.
"Dulu dia pernah menjadi ahli parlimen dan bila akta perbadanan Putrajaya itu dibentangkan di Parlimen sebelum 1997 ... Pada waktu itu, dia orang paling kuat membangkang, dengan menuduh kerajaan menghabiskan wang rakyat
"Kini Putrajaya menjadi pusat pembangunan, dia pula yang mencalonkan dirinya ke Putrajaya. Dia layak dipanggil pemimpin yang hanya pandai mengambil kesempatan," katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Skim Insentif Tanam Semua Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di Dewan Sivik Felda Neram 1, disini, hari ini.
Turut hadir pada majlis tersebut termasuklah Calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih, Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar, Senator Haji Abdul Ghani Abdullah, Pengurus Besar Felda Terengganu, Mohd Helmi Abdul Wahab, Pengurus MPOV Terengganu, Azhar Ahmad, dan Mohd Fauzi, Pengerusi Majlis Belia Felda Terengganu.
Dalam pada itu, beliau turut menyindir Pas yang pernah mengharamkan suara wanita sebelum ini, mula meletakkan bekas penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin yang lebih dikenali sebagai Aisyah sebagai calon Pas bagi Parlimen Jempol.
"Dahulu Pas mendakwa suara wanita merupakan aurat sehingga mengharamkan kerajaan membuat Musabaqah Al-Quran, yang mana meletakkan Malaysia di mata dunia.
"Ketika Pas mentadbir negeri Terengganu, Pas telah mengeluarkan kenyataan bahawa suara wanita tidak boleh dipertandingkan dalam Musabaqah Al-Quran sekaligus melenyapkan calon Terengganu wanita Musabaqah Al-Quran.
"Tetapi bila mereka (Pas) merasakan perlu, wanita kini boleh bertanding. Yang mana kini Aishah selaku calon pas bagi Parlimen Jempol.
"Rakyat boleh melihat wajah Pas yang sebenar," katanya.
Setelah Hari ke-5 Ku Nan Masih Mendahulu Husam
Di atas kertas dan hasil gerak kerja UMNO Putrajaya, nampaknya Ku Nan yang mewakili BN masih mendahului Husam. Kehadiran ribuan penyokong PR dalam ceramah/kempen di Presint 9 malam semalam tidak boleh menjadi manifestasi undian jitu kepada Husam. Penulis yang telah bermastautin sejak 1997 di Putrajaya dan telah melalui dua kali PRU pada PRU11 tahun 2004 dan PRU12 tahun 2008 sedikit sebanyak memahami sikap pengundi Putrajaya. Setakat untuk buat gempak, bolehla... sebabnya apa, kerana 95% yang datang mendengar kempen malam semalam bukannya pengundi Putrajaya bahkan penyokong PR yang datang dari serata pelosok sekeliling Putrajaya. Kehadiran Mat Taib yang masih panas dengan aura kemasukannya sebagai ahli PAS turut menjadi pemangkin kehadiran penyokong PAS di Putrajaya. Penulis juga ingin menjelaskan, kekuatan jentera PAS juga diimport dari luar dan bukannya kekuatan YDP PAS Putrajaya.
Siapa yang tidak mengenali Mike Tyson, dengan gaya dan ketokohan bekas pemimpin UMNO itu, dengan segala skandal yang tidak perlu dibicarakan lagi, akhirnya mencari syorga di dalam PAS. Penulis tidak mahu mempertikaikan keputusan Mat Taib itu kerana dalam sistem demokrasi, setiap rakyat berhak dan bebas membuat pilihan masing-masing. Penulis tidak pernah mendengar dan melihat kakitangan awam di Putrajaya dihalau keluar dari kuaters atau ditukarkan tempat kerja keluar dari Putrajaya kerana menyokong pembangkang. Tetapi, hari ini kita membaca koran di mana pengurus sebuah cawangan bank mengugut pekerja berbangsa Melayu supaya mengundi pembangkang dan jika tidak akan dibuang kerja. Ugutan sebegitu tidak pernah dilontarkan oleh pemimpin BN! Persepsi negatif sengaja dilontarkan dan dimomokkan undi tidak telus kerana kertas undi ada nombor siri, kertas undi itu, peti undi ini dan berbagai lagi... Hakikatnya, undi dalam sistem Pilihan raya di negara kita adalah yang terbaik dan telus.
Statistik Pengundi Berdaftar Parlimen Putrajaya Bagi PRU13
Bagi mengkaji pola pengundi di Parlimen P125 Putrajaya pada PRU 13, jumlah pengundi berdaftar yang telah diwartakan oleh SPR perlulah diketahui. Berdasarkan laman web SPR, jumlah pengundi terkini yang layak mengundi bagi Parlimen Putrajaya ialah 15,791 orang iaitu meningkat sebanyak 147% berbanding jumlah pengundi pada PRU 12 (6,387 orang).
Sementara itu, jumlah pengundi wanita seramai 8,090 orang adalah lima peratus (5%) melebihi jumlah pengundi lelaki yang berjumlah seramai 7,701 orang.
Golongan muda yang berumur di bawah 40 tahun membentuk 59.65% daripada jumlah pengundi kali ini iaitu seramai 9,419 orang yang terdiri dari 4,818 berumur antara 20-30 (30.51%) dan 4,601 orang berumur antara 31-40 tahun (29.14%). Sementara itu, seramai 2,857 pengundi (18.09%) berumur antara 41-50 tahun, 2,921 pengundi (18.50%) berumur antara 51-60 tahun dan 594 (3.76%) pengundi berumur melebihi 60 tahun.
Hampir 60% pengundi muda seperti carta di atas, menguasai jumlah daftar pilihan raya yang telah diwartakan oleh SPR pada PRU kali ini. Hal ini tidak menghairankan kerana, majoriti penduduk Putrajaya yang juga Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan adalah menempatkan kakitangan kerajaan di mana had umur perkhidmatan mereka antara seawal 19 tahun (lepasan PMR & SPM) hingga bersara wajib pada umur 60 tahun. Seramai 5% merupakan Pemilih Tidak Hadir yang terdiri dari anggota Polis dan pengundi di Luar Negara dan selebihnya merupakan Pemilih Biasa.
Pertambahan mendadak jumlah pengundi ini berlaku pada suku ketiga dan keempat tahun 2012 kerana polisi penawaran rumah PR1MA di Presint 11 yang telah dibuka tawarannya pada tahun lepas, di mana pemohon hendaklah merupakan pengundi berdaftar di kawasan Parlimen Putrajaya. Penulis bersetuju dengan polisi dan syarat ketat ini, bagi memastikan kumpulan sasar pembeli rumah PR1MA adalah penduduk tempatan dan bukannya dibeli bagi tujuan spekulasi harga dan seterusnya dijual mengikut pasaran semasa.
Tuesday, 23 April 2013
Analisa PRU11 & PRU12 Parlimen Putrajaya
Mengikut statistik Pilihan raya di kawasan Parlimen P.125 Putrajaya pada tahun 2004 dan 2008, didapati jumlah pemilih berdaftar adalah meningkat dari 5079 orang kepada 6608 orang atau peningkatan sebanyak 30.10 peratus pada tahun 2008. Ini disebabkan Putrajaya adalah pusat perkhidmatan negara menyebabkan ramai pegawai kerajaan terutama yang tinggal dan berhijrah ke Putrajaya. Selain itu pembangunan di Putrajaya juga meningkat dengan pembinaan tempat-tempat kediaman dan pusat membeli belah.
BN amat berpuashati dengan kemenangan besar dalam PRU 2004. Dengan undi diterima sebanyak 4086 dari 5079 pengundi berdaftar, BN memperolehi 80.44 peratus undi dan calon KeADILan yang mendapat 540 undi telah kehilangan wang deposit. Kemenangan besar tersebut adalah amat signifikan dengan kemenangan besar BN di seluruh negara dan merupakan pengiktirafan dan harapan rakyat kepada kepada Pak Lah sebagai Perdana Menteri ke lima. Berdasarkan rekod, ia juga merupakan satu gerak kerja cemerlang oleh UMNO Bahagian Putrajaya yang masih dalam penajaan ketika itu, dalam menggerakkan jentera pilihan raya bagi Parlimen Putrajaya. Dengan kemenangan tersebut, Tengku Adnan Tengku Mansor yang merupakan penaja Ketua UMNO Bahagian Putrajaya turut dipilih tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Putrajaya dalam pemilihan UMNO Bahagian pada Jun 2004, di pilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada September 2004 dan seterusnya dilantik sebagai Menteri Kabinet yang memegang potfolio Menteri Pelancongan 14 Februari 2006. Walaupun KeADILan tidak mempunyai tapak yang kuat di Putrajaya, tetapi jentera pilihan raya mereka menunjukkan semangat yang tinggi dalam tempoh kempen PRU 2004. Jentera mereka seboleh-bolehnya meyaingi BN dalam pemasangan bendera dan poster serta ceramah dalam kempen untuk menarik pengundi. Beberapa insiden pergaduhan telah direkodkan seperti pergaduhan antara jentera parti di Apartment Presint 16 dan Jambatan Seri Bestari di Presint 9 yang berlaku akibat perbuatan jentera KeADILALan mencabut bendera-bendera BN pada waktu tengah hari. Sejumlah enam aduan telah direkodkan oleh SPR sepanjang tempoh kempen PRU 2004 di Putrajaya (Laporan PRU 2004:SPR).
Namun begitu, seiring dengan tsunami politik negara pada PRU-12 2008, Parlimen Putrajaya turut menerima tempiasnya. Walaupun masih mengekalkan kemenangan, jumlah undi yang diterima Pas dalam PRU 12 meningkat lebih baik berbanding undi yang diperolehi oleh KeADILan pada PRU 11. Walaupun berlaku peningkatan jumlah pengundi berdaftar, tetapi undi yang diterima oleh BN telah menyusut sebanyak 1.17 peratus, dari 4086 undi diperolehi pada PRU 2004 kepada 4038 sahaja undi diperolehi pada PRU 2008 iaitu kehilangan sekitar 48 undi. Sungguhpun jumlah kehilangan undi tersebut adalah kecil, namun ia amat membimbangkan BN kerana sejumlah 1529 pertambahan pengundi baru pada PRU 2008 seolah-olah dibaca berpihak kepada PAS. Bacaan statistik pula menunjukkan, peratus orang yang mengundi pula menurun dari 91.79% pada PRU 2004 kepada 81.96%. pada PRIU 2008. Penurunan tersebut merupakan tahun kemerosotan Barisan Nasional dan tahun kebangkitan Pakatan Rakyat (PR). Jumlah undi yang rosak juga meningkat dari 28 kepada 38 undi. Peratusan majoriti menang juga menurun iaitu daripada 76.52% kepada 50.84%, walaupun calon dari Barisan Nasional masih mengekalkan tampuk kepimpinan di Putrajaya.
Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kemerosotan undi calon Barisan Nasional antaranya ialah undi protes terhadap calon, pengundi yang telah berpindah ke tempat lain kerana pertukaran biasa (kakitangan kerajaan) dan bagi pasangan pula mengikut pasangan bertukar, telah bersara dan kematian, faktor isu tempatan seperti kekurangan tempat letak kereta awam dan sekolah agama, faktor isu nasional seperti kenaikan harga barangan disebabkan kenaikan harga petrol dan faktor Tun Mahathir yang tidak menyokong kepimpinan Pak Lah. Selain dari faktor-faktor yang telah disebutkan, jentera PAS juga bergerak lebih tersusun dalam gerak kerja PRU 2008 berbanding KeADILan pada 2004. Ini kerana PAS mempunyai asas dan sokongan disetiap penempataan atau kuaters kerajaan dan surau-surau serta masjid juga didominasi oleh penyokong PAS.
Perangkaan terkini oleh SPR menunjukkan jumlah pengundi berdaftar bagi Parlimen Putrajaya sehingga 31 Disember 2011 ialah 10,142 orang saja berbanding jumlah penduduk seramai 68,361 orang (bancian 2010). Ia hanya meningkat sebanyak 3,534 orang atau 53.48 peratus dari jumlah pengundi 2008. Bilangan pengundi berdaftar tersebut masih kecil berbanding jumlah penduduk Putrajaya berusia lebih 21 tahun seramai 18,664 orang atau 27.30 peratus dari jumlah penduduk Putrajaya. Daripada jumlah tersebut, jumlah pengundi wanita ialah 5,161 orang melebihi jumlah pengundi lelaki 4,981 orang. Kaum Melayu merupakan daftar pemilih yang tertinggi seramai 9296 orang atau 91.65 peratus. 286 orang atau 2.81 peratus terdiri dari kaum India, 97 orang atau 0.95 peratus terdiri dari kaum Cina, 463 orang atau 4.56 peratus terdiri dari lain-lain bangsa dan selebihnya 363 orang atau 3.57 peratus adalah pengundi pos.
Peningkatan jumlah pengundi tersebut masih kecil tetapi pujian harus diberikan kepada UMNO dan PAS yang gigih menjalankan gerak kerja kempen pendaftaran pengundi baru. Peningkatan pengundi naik mendadak berlaku sekitar suku keempat tahun 2011 apabila UMNO Putrajaya mendesak JPM yang akan menawarkan rumah PRIMA di Presint 11, Putrajaya dengan mensyaratkan supaya sekurang-kurangnya syarat pemilikan dan permohonannya mestilah terdiri dari pengundi berdaftar di Parlimen Putrajaya. Penulis berpendapat, idea tersebut amat baik sebagai salah satu usaha dan kempen bagi memberi kesedaran mengenai kepentingan dan kebaikan sebagai pengundi berdaftar disesuatu kawasan.
Namun begitu, menjelang PRU ke-13 ia amat merisaukan jentera pilihan raya BN Putrajaya kerana peningkatan jumlah pengundi sehingga 10,142 berbanding dengan ahli UMNO berdaftar sebagai pengundi Parlimen Putrajaya hanya seramai 2309 orang. Ini bermakna seramai 7833 orang atau 77.23 peratus merupakan pengundi berdaftar yang bukan terdiri dari ahli UMNO. Sementara itu kaum Melayu seramai 9296 orang merupakan majoriti pengundi berdaftar di Putrajaya. Statistik ini penting kerana Setiap kali pilihan raya peranan pengundi Melayu memainkan peranan penting dalam menentukan kemenangan seseorang calon. Pilihan raya merupakan satu ruang kepada rakyat untuk menggunakan hak mereka memilih kerajaan yang mereka percayai boleh memerintah serta mampu memenuhi kehendak rakyat (Mohd Fo’ad, 1999). Justeru itu, UMNO Putrajaya melaksanakan pelbagai program berterusan untuk mendekati masyarakat dan pengundi Parlimen Putrajaya di setiap Daerah Peti Undi. Antara program terbaru ialah Program Juara Rakyat yang di adakah di Apartment Presint 16 iaitu sebahagian kawasan Pusat Daerah Mengundi Taman Warisan. Selain daripada itu, sebenarnya UMNO telah menjalankan gerak kerja mendekati rakyat dan pengundi sedia ada sejak dari awal lagi. Tengku Adnan sebagai Ahli Parlimen telah mempersiapkan kempen saikologi awal dengan memberi kad ucapan hari raya setiap tahun dan memberi cenderahati ulangtahun kelahiran kepada setiap pengundi berdaftar di Putrajaya walaupun bukan ahli UMNO. Bagi warga emas berusia 50 tahun dan ke atas yang terdiri dari pengundi berdaftar di Putrajaya, Pejabat Ahli Parlimen juga memberikan kad rawatan pesakit percuma di klinik panel swasta terpilih dengan kosnya ditanggung oleh Pejabat Ahli Parlimen Putrajaya. (sumber dari Pejabat UMNO Bahagian Putrajaya).
UMNO Putrajaya juga telah berusaha menyelesaikan pelbagai janji PRU yang lepas dengan meletakkan YBhg. Dato’ Khairuddin bin ES Abd. Samad, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya sebagai salah seorang Ahli Anggota Perbadanan Putrajaya (Board Members), yang dilantik mengikut Seksyen 5 (1) Akta 536 Perbadanan Putrajaya. Pelantikan tersebut dapat membawa suara rakyat ke dalam pelaksanaan dasar Perbadanan Putrajaya sebagai PBT yang bertanggungjawab ke atas kesejahteraan bandar raya Putrajaya. Sekolah Agama Rakyat yang merupakan antara janji Pilihan raya sejak PRU 2004 telah siap dibina di Presint 9, Putrajaya dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA Putrajaya) juga telah beroperasi sepenuhnya mulai 4 Januari 2011 dengan menumpang sementara di Sekolah Menengah Presint 11(2). YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran dalam lawatannya ke Putrajaya pada 27 Januari 2012 yang lepas telah meluluskan cadangan pembinaan Sekolah Menengah Agama Putrajaya di tapak baru seluas 5.6 hektar di Presint 11 pada tahun 2013 dengan kos RM55 juta. Sekolah baru itu nanti akan dilengkapi dengan asra penuh akan dapat menampung seramai 750 orang pelajar. Tengku Adnan juga turut mengambil berat dengan meluluskan pembesaran dan pembinaan surau dan masjid di penempatan penduduk, pembinaan tempat-tempat letak kereta baru dan pelancaran rumah mampu milik PRIMA yang lebih besar dari sebelumnya. Pemberian netbook 1Malaysia, penyampaian wang RM500 di bawah skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada ketua keluarga yang layak juga turut dilaksanakan. (Sumber, Pejabat UMNO Bahagian Putrajaya).
Thursday, 5 July 2012
Sejarah Pembentukan Parlimen, Putrajaya
1.0 PENGENALAN
Sebelum kita melangkah ke persainagn PRU-13, alangkah moleknya kalian mengetahui bagaimana sejarah persempadanan bagi menwujudkan kerusi Parlimen
Putrajaya. Ramai masyarakat di luar sana termasuklah aktivis-aktivis politik di Putrajaya yang gagal atau tidak mengetahui bagaimanakah dan bilakah kerusi Parlimen P125 Putrajaya diwujudkan. Justeru itu, mari kita sama-sama membaca artikel yang tidak seberapa akademik ini untuk ilmu dan menambahkan pengetahuan yang sedia cetek.
1.1 KEWUJUDAN KERUSI PARLIMEN PUTRAJAYA
Persempadanan semula Bahagian
Pilihan Raya Parlimen P125 Putrajaya telah dibuat selepas pewujudan Wilayah
Persekutuan Putrajaya pada 1 Februari 2001 melalui Akta Perlembagaan (Pindaan)
2001 [Akta A 1095] yang mewujudkan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang
diluluskan di Parlimen dan berkuatkuasa pada 1 Februari 2001. Mengikut perkara
113 (3A) Perlembagaan Persekutuan, satu urusan ulangkajian persempadanan
Bahagian Pilihan Raya perlu diadakan bagi Bahagian Pilihan Raya yang terjejas
dan ulangkajian ini hendaklah diselesaikan dalam tempoh 2 tahun dari tarikh
kuatkuasanya undang-undang. Ini bererti
urusan persempadanan semula Bahagian Pilihan Raya Putrajaya perlu diselesaikan
oleh SPR tidak lewat dari 31 Januari 2003.
Kawasan
Wilayah Persekutuan Putrajaya sebelum ini terletak dalam Mukim Dengkil, Daerah
Sepang, Selangor. Ia merupakan satu
Daerah Mengundi dalam bahagian Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri N.47 Dengkil
dan terletak di dalam bahagian Parlimen pilihan raya P.102 Sepang,
Selangor. SPR dalam menjalankan
ulangkajian persempadanan bahagian Pilihan Raya Parlimen Putrajaya telah
mengujudkan sebanyak lima Daerah Mengundi supaya pada masa akan datang
memudahkan pengundi-pengundi untuk menentukan kawasan mengundi. Pengwujudan daerah Mengundi ini adalah
berdasarkan kepada percantuman beberapa presint yang berhampiran mengikut
kesesuaian dan kemudahan perhubungan.
Daerah-daerah Mengundi yang telah diwujudkan dikenali sebagai berikut:-
Jadual 1.1: Kawasan
Daerah Mengundi Parlimen P.125 Putrajaya
BIL.
|
DAERAH MENGUNDI
|
KELUASAN
|
PRESINT
|
1.
|
Taman Saujana Hijau
125/00/01
|
9.84 kmp
|
Presint 11 & 13
|
2.
|
Taman Metropolitan
125/00/02
|
3.75 kmp
|
Presint 9 & 10
|
3.
|
Taman Putra Perdana
125/00/03
|
12.44 kmp
|
Presint 1,12,14 & 15
|
4.
|
Taman Puncak Puteri
125/00/04
|
8.4 kmp
|
Presint 2,3,4,7 & 8
|
5.
|
Taman Warisan
125/00/05
|
14.82 kmp
|
Presint 5,6,16,17,18,19 &
20
|
Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya
Malaysia
Bahagian Parlimen P.125 Putrajaya
sepertimana yang telah disyorkan oleh SPR telah dibentangkan di Dewan
Rakyat. Cadangan telah dipersetujui oleh
Dewan Rakyat pada sesi Parlimen Februari / Mac 2002. Dewan Rakyat telah meluluskannya dan selepas
diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Bahagian Parlimen
Putrajaya berkuatkuasa pada 31 Julai 2002.
Selepas
persempadanan Bahagian Pilihan raya 2003 diwartakan, Bahagian Pilihan Raya
Parlimen P125 merupakan sebahagian daripada 222 Bahagian Parlimen di seluruh negara. Mengikut daftar pemilih tahun 2001 yang
disahkan pada 27 Disember 2001, jumlah pemilih yang berdaftar dalam Bahagian
Parlimen Putrajaya ialah seramai 85 orang sahaja dan ia adalah tidak mengikut
kriteria yang ditetapkan bagi pewujudan sesebuah bahagian kawasan parlimen yang
ditetapkan. Menurut prinsip bagi
membelah bahagi Bahagian Pilihan raya, purata bilangan
pemilih untuk sesuatu daerah mengundi di kawasan Bandar ialah lebih kurang 2001
pemilih dan ke atas. Dengan itu juga, satu-satu daerah mengundi di kawasan
Bandar mungkin mempunyai pemilih sehingga 100,000 orang pemilih jika mereka
menukar alamat baru di Putrajaya dan seterusnya mendaftarkan sebagai pemilih.
(Berita SPR:2002).
Berdasarkan rekod, pecahan daftar pemilih
yang diwartakan dalam PRU 2004 dan PRU 2008, hanya empat sahaja PDM yang
mempunyai pemilih kerana PDM Taman Putra Perdana yang meliputi Presint 1, merupakan kawasan pejabat
kerajaan serta tidak mempunyai penempatan penduduk seperti rumah dan kuaters.
Sementara kediaman awam dan kuaters kerajaan di Presint 12,14 & 15 pula masih dalam pembinaan dan belum didiami.
1.2 BILANGAN PENGUNDI DI
PUTRAJAYA PRU 2004 DAN PRU 2008
Parlimen Putrajaya mempunyai
keunikan yang tersendiri dari jumlah bilangan pengundi berdaftar berbanding
kawasan-kawasan Parlimen yang lain. Berdasarkan perangkaan yang dikeluarkan
oleh SPR, pada PRU ke-11 2004, jumlah pengundi berdaftar hanyalah seramai 5079
dengan 4919 adalah pengundi biasa dan 160 adalah pengundi pos. Sementara itu,
pada PRU ke-12 2008, jumlah pengundi berdaftar bagi Parlimen Putrajaya ialah
seramai 6608 sahaja, iaitu peningkatan sebanyak 1529 pemilih atau 30.10
peratus.
1.3 PRU 2004 PARLIMEN
PUTRAJAYA
Pilihan Raya Umum ke-11 pada
tahun 21 Mac 2004 merupakan pilihan raya yang bersejarah bagi Putrajaya kerana
buat pertama kalinya pengundi berdaftar di Putrajaya berpeluang untuk memilih
wakil rakyat yang pertama bagi Putrajaya. Parlimen dibubarkan pada 4 Mac 2004
dan PRU ke-11 diadakan selepas 125 hari Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi
Perdana Menteri yang ke-5 bagi menggantikan Tun Mahathir Mohamad. Chamil Wariya (2004:209). Dalam PRU ke-11,
calon BN bagi Parlimen Putrajaya ialah Tengku Adnan Tengku Mansor telah
ditentang oleh Abdul Rahman Othman dari Parti Keadilan (KeADILan).
Mengikut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya,
jumlah pengundi yang berdaftar di
kawasan Parlimen P125 Putrajaya semasa PRU ke-11 pada 21 Mac 2004 adalah
seramai 5079 orang dengan 4919 orang pengundi biasa dan 160 orang pengundi pos.
Jumlah pengundi yang keluar mengundi pula adalah sebanyak 4662 orang kurang
daripada jumlah yang berdaftar sebagai pengundi. Manakala undi rosak pula
adalah sebanyak 28. Ia merupakan suatu jumlah yang kecil. Calon yang telah
memenangi pilihan raya bagi Parlimen Putrajaya adalah Tengku Adnan bin Tengku Mansor daripada parti
Barisan Nasional (BN) yang mengalahkan Abdul Rahman bin Othman daripada Parti
Keadilan (KeADILan) dengan majoriti undi sebanyak 3546 undi. Abdul Rahman bin
Othman dari Parti Keadilan (KeADILan) hanya menerima 540 undi telah
kehilangan wang deposit.
Jadual 1.2: Maklumat
PRU ke-11 Putrajaya,2004
MAKLUMAT KAWASAN
|
||
PARLIMEN
|
P125
|
|
KAWASAN
|
PUTRAJAYA
|
|
TARIKH PILIHAN RAYA
|
21/3/2004
|
|
STATISTIK
|
BILANGAN
|
PERATUS
|
PEMILIH BERDAFTAR
|
5079
|
|
PENGUNDI
|
4662
|
91.79
|
UNDI ROSAK
|
28
|
0.60
|
MAJORITI KEMENANGAN
|
3546
|
76.52
|
Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya
Malaysia
Jadual 1.3: Maklumat
Calon PRU ke-11 Putrajaya,2004
NAMA
CALON
|
PARTI
|
UNDI
|
PERATUS
|
KEPUTUSAN
|
TENGKU ADNAN
BIN TENGKU MANSOR
|
BN
|
4086
|
88.17
|
MENANG
|
ABDUL RAHMAN
BIN OTHMAN
|
KEADILAN
|
540
|
11.65
|
HILANG DEPOSIT
|
Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya
Malaysia
Bagi
menguruskan proses Pilihan raya Parlimen Putrajaya pada 21 Mac 2004, Tuan Haji
Muhamad Haitamin bin Ishak iaitu Timbalan Pengarah, Bahagian Pentadbiran Tanah,
Perbadanan Putrajaya telah dilantik sebagai Pegawai Pengurus Pilihan raya. SPR juga telah menyediakan satu Pusat
Penamaan Calon iaitu di Dewan Serbaguna, Presint 8. Lima buah Pusat Mengundi, 33 tempat Saluran
Mengundi, satu Pusat Penjumlahan Undi dan tiga Barung SPR. (SPR, Laporan
Pilihan Raya Umum 2004).
1.4 PRU 2008 PARLIMEN
PUTRAJAYA
Mengikut sumber dari SPR, jumlah pengundi yang berdaftar di kawasan Parlimen P125 Putrajaya semasa PRU
ke-12 pada 8 Mac 2008 adalah seramai 6608.
Berdasarkan kertas undi (ballot paper) yang dikeluarkan, jumlah pengundi
pada hari mengundi adalah seramai 5416 orang iaitu 82.0 peratus jumlah keluar
mengundi. Undi rosak pula adalah sebanyak 38 undi. Terdapat juga 36 kertas undi
yang tidak dikembalikan. Tengku Adnan bin Tengku Mansor yang mewakili Barisan
Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Putrajaya dengan memperolehi undi
sebanyak 4038, mengalahkan
Mohamad Noor bin Mohamad daripada parti PAS dengan majoriti undian 2734 undi. Mohamad
Noor bin Mohamad menerima undi sebanyak 1304.
Jadual 1.4: Maklumat
PRU ke-12 Putrajaya,2008
MAKLUMAT KAWASAN
|
||
PARLIMEN
|
P125
|
|
KAWASAN
|
PUTRAJAYA
|
|
TARIKH PILIHAN RAYA
|
8/3/2008
|
|
STATISTIK
|
BILANGAN
|
PERATUS
|
PEMILIH BERDAFTAR
|
6608
|
|
PENGUNDI
|
5416
|
81.96
|
UNDI ROSAK
|
38
|
0.70
|
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN
|
36
|
|
MAJORITI KEMENANGAN
|
2734
|
50.84
|
Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya
Malaysia
Jadual 1.5: Maklumat
Calon PRU ke-12 Putrajaya,2008
NAMA CALON
|
PARTI
|
UNDI
|
PERATUS
|
KEPUTUSAN
|
TENGKU ADNAN
B. TENGKU MANSOR
|
BN
|
4,038
|
75.84
|
MENANG
|
MOHAMAD NOOR
B. MOHAMAD
|
PAS
|
1,304
|
24.25
|
KALAH
|
Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya
Malaysia
Bagi
menguruskan proses Pilihan raya Parlimen Putrajaya ke-12 pada 8 Mac 2008, YBhg.
Datuk Muhamad Haitamin bin Ishak iaitu Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Korporat,
Perbadanan Putrajaya masih dikekalkan sebagai Pegawai Pengurus Pilihan
raya. Suruhanjaya Pilihan raya (SPR)
juga telah menyediakan satu Pusat Penamaan Calon iaitu di Dewan Serbaguna,Presint
9, Putrajaya.
Subscribe to:
Posts (Atom)


